|
楼主 |
发表于 22-5-2017 11:41 AM
|
显示全部楼层
亚航真的要来咯!
Idris: Penerbangan terus Air Asia dari Melaka ke Guangzhou, Jakarta
MELAKA, 21 Mei — Syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia, akan menawarkan penerbangan terus ke Guangzhou, China dan Jakarta, Indonesia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata meski pun penerbangan itu telah disahkan oleh pihak AirAsia, namun syarikat penerbangan itu masih belum dapat mengesahkan sebarang tarikh penerbangan terus ke kedua-dua negara tersebut.
Katanya kerajaan negeri menyambut baik hasrat itu dan percaya menerusi laluan penerbangan baharu itu beliau menjangkakan Melaka mampu menarik kunjungan lebih ramai pelancong antarabangsa, termasuk China dan Indonesia, sekali gus meningkatkan ekonomi negeri itu.
“Saya juga pernah menyebut sebelum ini, tiada salahnya jika AirAsia memilih negeri ini sebagai hab penerbangan ke seluruh Indonesia dan sebahagian wilayah China kerana kita sering menerima ramai pelancong dari negara berkenaan,” katanya di sini semalam.
Terdahulu beliau merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Melaka yang berlangsung dua hari bermula hari ini di perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong di sini yang turut dihadiri Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka Mohd Ridhwan Mohd Ali.
Idris berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang tular di Facebook semalam memaparkan gambar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bersama Idris dengan kapsyen ‘AirAsia finally come to Melaka’.
Tony Fernandez berkata Lapangan Terbang Melaka kini lapangan terbang antarabangsa sepenuhnya apabila AirAsia menawarkan laluan baharu MKZ-CGK & MKZ-CAN’.
MKZ ialah kod merujuk kepada LTAM, CGK ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta di Jakarta, Indonesia, manakala CAN pula ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun di Guangzhou, China. — Bernama
|
|