Polis akan siasat bagaimana WSJ dapat dokumen bank
OLEH MUZLIZA MUSTAFA Published: 8 July 2015 11:10 AM
Polis akan menyiasat akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) bagaimana ia menerima maklumat tentang AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka akan menyiasat bagaimana maklumat perbankan sulit dan dokumen diperolehi akhbar tersebut. “Tindakan sebegini boleh mengancam ekonomi negara. Ia sama seperti sabotaj ekonomi,” kata Khalid selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya di Kuala Lumpur hari ini.