Pagi ini, saya didakwa kerana dituduh telah mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda SEBELUM laporan itu dimuktamadkan (iaitu deraf laporan).
Dakwaan ini jauh berbeza dengan laporan-laporan media dari usaha propaganda PH bahawa laporan audit 1MDB yang SUDAH dimuktamadkan (ataupun final report) telah ditukar ataupun telah memindakan laporan audit muktamad untuk 1MDB.
Saya menolak sekeras-kerasnya tuduhan-tuduhan ke atas dakwaan hari ini dan akan membersihkan nama saya di mahkamah. Insha Allah.
Saya dibenarkan untuk diikat jamin dan sedang dalam perjalanan pulang dari Mahkamah.
Walaupun dakwaan-dakwaan berterusan dari kerajaan PH memang mengambil masa saya yang banyak tetapi saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen pembangkang dan terus membersihkan nama saya.