佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 743|回复: 0

Mylaunchpad一篇关於陈平的新闻

[复制链接]
发表于 24-9-2013 02:44 PM | 显示全部楼层 |阅读模式
Isu Chin Peng: K'jaan Thailand hormati keputusan M'sia

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kerajaan Thailand menghormati pendirian Malaysia yang tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke sini, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.


Menurut Abu Zahar perkara itu dinyatakan oleh Presiden Sahabat Parlimen Thailand-Malaysia Narong Duding dalam pertemuan mereka di sini.


"Narong memberitahu pihak kerajaan Thailand tidak mengiktiraf perjuangan Chin Peng dan mereka faham serta menghormati keputusan yang dibuat kerajaan Malaysia," katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.


Narong mengetuai delegasi 11 orang melakukan kunjungan ke Parlimen.


Turut serta Duta Thailand ke Malaysia Krit Kraichitti dan bekas Perdana Menteri Thailand Chuay Leek Pai. Mengulas lanjut, Abu Zahar berkata dalam pertemuan selama sejam bermula 10 pagi itu, beliau turut menjelaskan kepada Narong bahawa keputusan kerajaan Malaysia menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik ke sini disebabkan pemimpin Parti Komunis Malaya itu bertanggungjawab atas kematian ribuan anggota pasukan keselamatan dan rakyat negara ini.


"Saya juga memaklumkan bahawa Chin Peng tidak mahu menjadi warga Malaysia kerana menolak tawaran kerajaan untuk berdamai kembali ke sini, sebaliknya tetap mahu menjatuhkan kerajaan melalui kekerasan," katanya.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa, 90, yang dilapor meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lalu akibat sakit tua dibawa balik ke negara ini.


Mengenai kunjungan itu, Abu Zahar berkata lawatan bertujuan mengukuhkan silaturrahim antara Parlimen Thailand dan Malaysia selain mengutarakan cadangan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan dan isu pendidikan.


"Chuay turut bertanya mengenai kedudukan masyarakat Siam di sini dan kita maklumkan bahawa masyarakat Siam negara ini mendapat layanan baik, malah mendapat taraf bumiputera sejajar dengan kehendak yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.


Abu Zahar juga melahirkan rasa kagum terhadap kebolehan Narong, anak kelahiran Betong, Selatan Thailand berbahasa Melayu.


来源: Mylaunchpad News
http://news.mylaunchpad.com.my/news/localbm/article/articleid/342569/isu-chin-peng-k-jaan-thailand-hormati-keputusan-m-sia


          总觉得这则新闻很有问题, 尤其是说到陈平是不愿放下武器投降才被裭夺公民权和泰裔也享有土著地位等! 或许是我多心啦! 不过看了挺不舒服的, 所以大家来讨论一下, 给个看法, 看看我们的政府发言人在外交的言论措辞充斥着多少歪曲的言辞和对国人实行的不平等条约都好!
本帖最后由 柏皓轩 于 24-9-2013 03:06 PM 编辑

回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 12-5-2024 04:52 PM , Processed in 0.057726 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表