Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukandan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.