Soalan
Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?
Jawapan :
Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). http://ptg.perak.gov.my/bm/index ... ;isi=isi&per=01