10. Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya salah seorang warganegara atau kedua-dua pasangan warganegara berkahwin di luar negara di bawah undang-undang sivil negara berkenaan?
Pasangan perlu membuat pendaftaran semula perkahwinan di luar negara di bawah Seksyen 31 Akta 164 sama ada di pejabat JPN yang terdekat atau di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Pendaftaran semula perkahwinan ini WAJIB dilakukan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan di luar negara dan selepas tempoh 6 bulan akan dikenakan denda pendaftaran lewat.