11. | Penginapan : |
| |
|
| 11.1 | Setiap pasukan negeri / wilayah akan bertanggungjawab atas perbelanjaan penginapan pasukan negeri/wilayah masing-masing. Pihak pengelola akan membantu negeri / wilayah untuk membuat tempahan tempat penginapan jika perlu. |
| 11.2 | Negeri pengelola akan bertanggungjawab menyediakan penginapan yang sesuai untuk pengadil-pengadil dari negeri-negeri lain. |
| 11.3 | Negeri pengelola akan bertanggungjawab menyediakan penginapan di hotel untuk Pegawai TTAM, Delegat Teknikal dan ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal TTAM. |
| |
12. | Bayaran Penyertaan : |
| |
|
| 12.1 | Acara Berpasukan : RM 50.00 setiap pasukan |
| 12.2 | Acara Perseorangan : RM 8.00 setiap peserta |
| 12.3 | Acara Bergu : RM 15.00 setiap pasangan |
| |
13. | Cara Penyertaan : |
| |
|
| 13.1 | Semua negeri yang ingin menyertai kejohanan ini dikehendaki mengembalikan Borang Pengesahan Penyertaan (Borang A) yang dikepilkan ini pada atau sebelum 15hb. Oktober, 2009 kepada:
En. Ng Lian Hoo
Setiausaha Kehormat
Persatuan Ping Pong Negeri Johor
No. 24, Jalan Rajawali, Taman Gunung Emas,
Kota Kecil, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Tel : 07-8832397 Fax : 07-8832397 e-mail : leeyockchin@gmail.com |
| 13.2 | Satu set Borang Penyertaan (Borang B,C, D, E dan F) disertai dengan wang penyertaan/bayaran cek atas nama(persatuan negeri pengelola) hendaklah dihantar ke alamat di atas padaatau sebelum tarikh tutup. |
| 13.3 | Satu salinan Borang Penyertaan hendaklah dihantar kepada:
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
Persatuan Ping Pong Malaysia,
Penthouse, Tingkat 4, 13-25 Jalan Jejaka 7,
Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-92811497 ; Fax : 03-92811520 ; e-mail : ttam@streamyx.my |
| |
14. | Tarikh Tutup Penyertaan : 21hb. November, 2009 |
| |
15. | Cabutan Undi: |
| |
|
| 15.l | Cabutan undi bagi acara berpasukan akan diadakan pada 28hb. November, 2009 pada pukul 11.00 pagi di Persatuan Ping Pong Malaysia, Kuala Lumpur |
| 15.2 | Cabutan undi bagi acara perseorangan akan diadakan selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan. Masa dan tempat akan diberitahu kemudian. |
| |
16. | Pertukaran Pemain : |
| |
|
| 16.1 | Untuk acara berpasukan, pemindahan pemain tidak dibenarkan selepas cabutan undi berpasukan. |
| 16.2 | Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum Kejohanan dimulakan untuk menguruskan hal pertukaran pemain. |
| 16.3 | Selepas mesyuarat tersebut, sebarang permintaan pertukaran pemain tidak akan dilayani. |
| 16.4 | Semua acara yang didaftarkan di bawah nama seorang pemain (pasukan dan individu) yang tidak dapat hadir dikehendaki diambilalih oleh pemain baru yang menggantikannya sepenuhnya dalam semua acara yang telah didaftarkan sebelum ini. |
| |
17. | Jawatankuasa Teknikal / Juri Rayuan : |
| |
|
| 17.1 | Delegat Teknikal akan dilantik oleh Persatuan Ping Pong Malaysia untuk mengawal dan membantu dalam segala pengurusan dan susunan teknikal. |
| 17.2 | Ahli-ahli Juri Rayuan akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini. |
| 17.3. | Juri Rayuan akan terdiri daripada ahli-ahli berikut :
a) Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
b) Setiausaha : Setiausaha Kehormat Negeri Pengelola atau wakilnya
c) Ahli-Ahli : Referi Kejohanan
: Delegat Teknikal TTAM
: Wakil dari 3 buah negeri yang tidak terlibat |
| |
18. | Menarik Diri |
| |
|
| 18.1 | Pasukan / pemain yang terlewat 15 minit daripada masa yang telah dijadualkan akan dianggap sebagai memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pasukan / pemain lawannya. |
| 18.2 | Menarik diri (walkover) tidak dibenarkan. Jika berlaku, mereka yang terlibat akan dianggap sebagai menarik diri daripada Kejohanan seterusnya. |
| 18.3 | Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu tidak akan diambil kira bagi pasukan / pemain yang menarik diri. |
| |
19. | Bantahan / Rayuan : |
| |
|
| 19.1 | Segala bantahan atau rayuan hendaklah dibuat selewat-lewatnya dalam masa 30 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan melalui Pengurus Pasukan / Ketua Pasukan(acara berpasukan) atau pemain yang berkenaan (acara individu) secara bertulis dan disertakan dengan bayaran wang tunai RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus sahaja) sebagai wang cagaran. |
| 19.2 | Jika bantahan atau rayuan gagal diterima, wang cagaran tersebut tidak akan dikembalikan. |
| |
20. | Pakaian : |
| |
|
| 20.1 | Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai pakaian yang berwarna putih. |
| 20.2 | Warna pakaian dua pasukan / dua peserta / dua pasangan bergu yang bertanding mestilah berlainan.Pasukan / pemain dinasihatkan sentiasa bersedia dengan dua helai baju permainan yang berlainan warna (cool and warm colour) untuk bertanding. |
| 20.3 | Pemain-pemain dalam satu pasukan / pasangan (untuk bergu) mesti berpakaian seragam. |
| 20.4. | Semua pemain (kecuali pemain perempuan beragama Islam) diwajibkan memakai baju permainan berlengan pendek dan seluar pendek. |
| |
21. | Pengadil |
| |
|
| 21.1 | Hanya pengadil-pengadil yang dilantik oleh Persatuan Negeri sahaja yang akan diterima oleh Pihak Pengelola untuk berkhidmat di Kejohanan ini. |
| 21.2 | Setiap negeri yang mengambil bahagian adalah diwajibkan menghantar seorang pengadil (Pengadil Kebangsaan / Pengadil Antarabangsa sahaja) untuk berkhidmat dalam Kejohanan ini. Negeri-negeeri yang gagal menghantar seorang pengadil yang bertauliah akan dikenakan denda bayaran kepada Jawatankuasa Pengelola seperti berikut:
Semenangjung Malaysia : RM 200.00
Malaysia Timur : RM 500.00 |
| 21.3 | Semua negeri dijemput dan dialu-alukan untuk menghantar lebih daripada seorang Pengadil Kebangsaan / Pengadil Antarabangsa untuk berkhidmat dalam kejohanan ini. |
| 21.4 | Hanya Pengadil Kebangsaan (NU) dan Pengadil Antarabangsa (IU) sahaja yang diperlukan untuk berkhidmat di kejohanan ini. |
| 21.5 | Jawatankuasa Pengelola akan membayar elaun kepada pengadil-pengadil mengikut kadar seperti berikut: (Pindaan 2009)
1) Pengadil Kebangsaan (National Umpire):RM 55.00 / hari
2) Pengadil Antarabangsa (International Umpire):RM 60.00 / hari |
| 21.6 | Semua Pengadil Negeri (SU) yang menyertai Kursus Kepengadilan Peringkat Kebangsaan (NU) yang akan diadakan dua hari sebelum tarikh Kejohanan ini tidak akan dilantik sebagai pengadil kejohanan ini. |
| |
22 | Perkara Am : |
| |
| Jika terdapat sebarang masalah atau kerumitan yang tidak diperuntukan dalam peraturan Pertandingan Kejohanan ini, Jawatankuasa Teknikal Persatuan Ping Pong Malaysia akan memutuskannya dan keputusannya adalah muktamad. |