佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 3536|回复: 0

Skim biasiswa KPT 奖学金待申请

[复制链接]
发表于 16-3-2009 10:08 PM | 显示全部楼层 |阅读模式
Skim biasiswa KPT 奖学金待申请

Maklumat lengkap ada disertakan seperti dibawah, rujuk laman web MOHE
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/biasiswa_bajetmini.php?

PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

Permohonanadalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaantetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambungpengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia(MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti TeknologiPetronas (UTP).

OBJEKTIF PROGRAM:

Menyediakanpeluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaantetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambungpengajian di peringkat ijazah lanjutan.

PENAJAAN PENGAJIAN*

  • Penajaanini hanya terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajiandalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik2009/2010.
  • Calon-calon yang ditaja hanya akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.
  • Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
  • Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat Ph.D ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
  • Bagicalon Ph.D, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan danpenyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan olehpusat pengajian siswazah / fakulti dan bantuan ini adalah termasukserta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon Ph.Diaitu tidak melebihi RM20,000.00.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat-Syarat Umum
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
  • Berumurtidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagicalon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.
  • Pengajian adalah secara sepenuh masa.
  • Pembiayaandiberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajarijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
  • Tidakmenerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecualipinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
  • Tiadaikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksuduntuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.

Syarat-Syarat Khusus
  • Mempunyaikelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setarafdengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjanayang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
  • Bagi calon-calon yangmempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atausetaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akandipertimbangkan.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK
  • Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
  • Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.
TEMPOH TAJAAN
    Ph.D - maksimum lapan (8) semester
    Sarjana - maksimum empat (4) semester
    Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.

KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web KPT mulai 19 Mac 2009. Bagi permohonan lebih awal, calon-calon boleh memuat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Presint 2, 62100 Putrajaya.
(u.p: Tajaan Khas Bajet Mini 2009)
Tel. : 03-8884 4607/ 4612 / 4669 / 4634 / 4618
Faks : 03-8884 4701
E-mel: bajetmini@mohe.gov.my
NOTA: Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu, PTPTNada menyediakan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syaratyang ditetapkan oleh agensi berkenaan.
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 5-5-2024 10:20 AM , Processed in 0.058094 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表