佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 3157|回复: 2

KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS

[复制链接]
发表于 29-10-2008 10:58 PM | 显示全部楼层 |阅读模式
请问KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS,是什么来的?
上来做什么?
今天开始可以申请了,有谁申请吗?

回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 30-10-2008 10:07 AM | 显示全部楼层
如何申请KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS?
回复

使用道具 举报

发表于 30-10-2008 10:54 AM | 显示全部楼层
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN
KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) SATU TAHUN
AMBILAN JANUARI 2009
           
1.PELAWAAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah Kementerian Pelajaran Malaysia memohon mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Satu Tahun.
           
2.KETERANGAN KURSUS
        Nama Kursus        : Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun
        Tempoh Pengajian : 01 Januari - 31 Disember 2009
      

2.1 Maklumat terperinci mengenai bidang kursus yang ditawarkan mengikut Institut Perguruan adalah seperti dalam  LAMPIRAN A.
           
3. SYARAT DAN KELAYAKAN AM
      
3.1Tidak pernah mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas.
      
3.2Memiliki Ijazah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      
3.3Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
      
3.4 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia.
         
3.5 Telah melepasi tahap TK1 dalam peperiksaan PTK semasa memohon
      
3.6 Telah disahkan dalam jawatan.
      
3.7 Tidak mengikuti sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh atau Luar Kampus.
      
3.8 Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu kehadiran semasa mengikuti kursus tersebut.
      
3.9 Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
      
3.10 Umur tidak melebihi 43 tahun bagi bidang Pendidikan Jasmani dan 50 tahun bagi lain-lain bidang pada atau sebelum 1 Julai 2009.
           
4. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
      
4.1    Permohonan KSPK boleh dibuat dalam talian sahaja dengan melayari internet di alamat URL, http://www.moe.gov.my. Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut untuk meneliti e-panduan permohonan dan memahami dahulu cara-cara mengemukakan permohonan secara dalam talian.
      
4.2 Permohonan boleh dibuat mulai 29 Oktober 2008.
      
4.3 Calon perlu cetak borang permohonan yang telah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu mendapatkan perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.
           
5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN
      
5.1Permohonan KSPK ambilan 2009 ini ditutup pada 14 November 2008.
           
6. SEMAKAN TAWARAN
      
6.1 Semakan permohonan boleh dibuat secara on-line mulai 16 Disember 2008.
      
6.2 Calon yang berjaya dikehendaki mendaftar di Institut Perguruan yang berkenaan pada 31 Disember 2009.
      
6.3 Sila bawa bersama :
-Surat tawaran yang dicetak
-Borang permohonan yang telah mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah
Pelajaran Negeri
-Sijil/Diploma Perguruan, sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
           
7.STATUS PERKHIDMATAN KSPK
      
7.1Cuti belajar bergaji penuh (CBBP). Semasa berkursus, perkhidmatan peserta adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia.
                  
8.KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN
         
Kalendar aktiviti bagi permohonan Program KSPK adalah seperti berikut dan tertakluk kepada pindaan. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa pada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat terakhir.
                     
Permohonan dibuka
        29 Oktober 2008
Permohonan ditutup
        14 November 2008
Sokongan JPN
        19 - 21 Nov 2008
Pemprosesan Permohonan
        24 Nov - 12 Dis 2008
Semakan Keputusan
        16 Dis 2008
Pendaftaran
31 Disember 2008


Iklan disiarkan pada laman web http://moe.gov.my
Pindaan permohonan dibenarkan sehingga tarikh tutup.
Tarikh akhir JPN membuat pengesahan dan sokongan.
Semakan pemilihan calon KSPK untuk ditawar kursus.
Senarai calon yang ditawar dipapar pada laman web.
Calon yang berjaya melapor diri di Institut Perguruan Malaysia
           
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut :
Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2-6, Blok E13, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Telefon : 03 - 88841315/1308
Fax       : 03 - 88893570

LAMPIRAN A
                                                                          
BD01        Bimbingan dan Kaunseling
IP Perlis
IP Perempuan Melaka
IP Tawau

BD02         Pendidikan Seni Visual (SR)
                    Pendidikan Seni Visual (SM)   
IP Kuala Terengganu
IP Ilmu Khas

BD03         Pendidikan Jasmani (SR dan SM)   
IP Kuala Terengganu
IP Ilmu Khas

BD05         TESL         
IP Ipoh
IP Gaya
IP Batu Lintang
English Language Teaching Centre

BD06         Bahasa Tamil (SR)        
IP Raja Melewar

BD07         Bahasa Cina (SR)      
IP Tuanku Bainun

BD11         Pendidikan Pemulihan Khas (SR dan SM)        
Institut Bahasa Melayu Malaysia

BD12         Pend.Khas Masalah Pembelajaran (SR & SM)     
IP Perempuan Melayu

BD14         Kemahiran Hidup (SR dan SM)   
IP Teknik

BD19         Pendidikan Muzik (SR dan SM)     
IP Tun Hussien Onn
IP Perlis

BD20         Pend. Khas Masalah Penglihatan (SR dan SM)
MP Ilmu Khas

BD21         Pend. Khas Masalah Pendengaran (SR dan SM)
MP Ilmu Khas

BD22         Sains (SR)  
IP Sultan Abdul Halim

BD23         Matematik (SR)     
IP Persekutuan Pulau Pinang

BD24         Pendidikan Al-Quran (SR dan SM)
IP Islam

BD25         Pendidikan Islam (SR dan SM)  
IP Kota Bharu
IP Islam

BD27         Bahasa Arab (SR dan SM)   
IP Islam

BD28         Pendidikan Prasekolah      
Institut Bahasa Melayu Malaysia
IP Ilmu Khas
IP Tun Abdul Razak

KEMBALI
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

所属分类: 欢乐校园


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 29-11-2024 11:17 AM , Processed in 0.144749 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表