佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 1785|回复: 0

大选的法律(当监督选票的欢迎参考)

[复制链接]
发表于 12-3-2008 03:01 AM | 显示全部楼层 |阅读模式
这里我从 international law book services 的 kuasa-kuasa polis diraja malaysia 书拿出来的 akta kesalahan pilihan raya 1954 (akta 5)  我不知可以帮你们什么,希望可以当作一个参考。 监督选票中公平的成绩,因为目前出现很多幽灵选民。

  akta kesalahan pilihan raya 1954 (akta 5)

  bahagaian II : kesalahan-kesalahan pilihan raya.

3(1) seseorang yang

  (a) dengan diketahuinya membuat sesuatu pernyataan palsu dalam atau berkenaan dengan sesuatu permohonan untuk dimasukan dalam sesuatu daftar pemilih

  (b) mempalsukan atau secara fraud memcatatkan atau secara fraud memusnahkan sesuatu kertas penamaan ,atau menyerahkan kepada pegawai pengurus sesuatu kertas penamaan dengan mengetahuinya sebagai telah dipalsukan

(c) mempalsukan atau melancung atau secara fraud mencacatkan atau secara fraud memusnahakan sesuatu kertas undi atau tanda rasmi dalam mana-mana kertas undi

(d) tanpa kuasa yang sepatutnya member sesuatu kertas undi kepada seseorang;

(e) menjual atau menawar menjual sesuatu kertas undi kepada seseorang atau membeli atau menawar membeli sesuatu kertas undi daripada seseorang;

(f) sebagai seorang yang tidak berhak memiliki sesuatu kertas undi yang telah ditanda dengan sesuatu tanda yang dibenarkan ada sesuatu kertas undi itu dalam miliknya

(g) memasukan ke dalam susuatu peti undi apa-apa jua,lain daripada kertas undi yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dimasukkan olehnya;

(h) tanpa kuasa yang sepatutnya membawa keluar dari tempat mengundi sesuatu kertas undi atau didapati ada memiliki sesuatu kertas undi di luar sesuatu tempat mengundi;

(i) tanpa kuasa yang sepatutnya memusnahkan,mengambil,membuka atau dengan cara lain menggangu sesuatu peti undi,kertas undi atau bungkusan kertas-kertas undi yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan bagi maksud-maksud sesuatu pilihan raya;

(j) tanpa kuasa yang sepatutnya mencetak sesuatu sertas undi atau apa yang berupa atau yang boleh digunakan sebagai kertas undi dalam sesuatu pilihan raya;

(k) bagi maksud-maksud sesuatu pilihan raya,membuat ,membina ,mengimport ,ada memiliki,membekal atau menggunakan,atau menyebabkan dibuat,dibina, diimport,dibekal atau digunakan,apa-apa perkakas,alat atau pesawat dengan mana sesuatu kertas undi boleh dicabut,dimudarat atau dimanipulasikan selepas dimasukkan ke dalam sesuatu peti undi dalam masa mengundi dalam sesuatu pilihan raya;

(l) mengundi dalam sesuatu pilihan raya manakala dia tidak berhak mengundi dalam pilihan raya itu;

(m) mencetak apa-apa iklan,surat sebaran,plakad atau poster berkenaan dengan sesuatu pilihan raya dan yang mengandungi sesuatu salinan kertas undi atau salinan apa yang berupa sebagai suatu kertas undi,untuk digunakan atau mungkin digunakan dalam pilihan raya itu;

(n) menggalang atau menghalang seseorang pengundi yang selainnya berhak untuk mengundi daripada mengundi dalam sesuatu pilihan raya ; atau

(o) mengundi dalam sesuatu pilihan raya di lebih daripada satu tempat mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang berlainan.


4 seseorang pegawai,kerani,jurubahasa atau orang-orang lain yang mempunyai apa-apa kewajipan untuk dilakukan menurut mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan sesuatu pilihan raya dan yang--

   (a) membuat,dalamsesuatu rekod,penyata atau lain-lain dokumen yang dikehendaki disimpan olehnya atau membuat di bawah undang-undang bertulis,apa-apa catatan yang dia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi mempercayai sebagai palsu,atau yang dia tidak percaya sebagai benar;

   (b) membenarkan seseorang yang ia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi mempercayai sebagai seorang buta atau seorang tidak berdaya mengundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi orang-orang buta atau orang-orang tidak berdaya,mengikut mana yang berkenaan ;

  (c) enggan membenarkan seseorang yang dia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi mempercayai sebagai seorang buta atau seorang tidak berdaya untuk memgundi mengikut cara yang diperuntukkan bagi orang-orang buta atau orang-orang yang tidak berdaya,mengikut mana yang berkenaan

  (d) bersengaja menghalang seseorang daripada mengundi di tempat mengundi di mana dia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang itu adalah berhak mengundi ;

  (e)bersengaja menolak atau enggan mengira mana-mana kertas undi yang dia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi mempercayai telah dibuang dengan sah untuk seseorang calon mengikut peruntukkan undang-undang bertulis itu;

  (f)bersengaja mengira mana-mana kertas undi sebagaimana dibuang untuk seseorang calon,yang dia ketahui atau ada sebab yang munasabah bagi mempercayai telah tidak dibuang dengan sah untuk calon itu; atau

  (g) tanpa sebab yang munasabah melakukan apa-apa perbuatan atau ketinggalan bersalahan dengan kewajipan jawatannya.

  4A (1)  mana-mana orang yang,sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya,secara langsung atau secara tidak langsung,sendiri atau melalui mana -mana orang lain bagi pihaknya ata membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat,perasaan tidak puas hati atau permusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau segolongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi  atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan seseorang diplilih adalah melakukan suatu kesalahan.



   (暂时写在这,如有要求会再写,目前只写到第4条文,一共有26个条文)



如果大家想更进一步了解,我会再写下去,因为有很多。。。。单单大选发律就有26条文,好多页。
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 23-4-2024 02:54 PM , Processed in 0.062831 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表