Ameerah Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menyimbah cat merah di rumah Pengerusi NGO Pengerang,
Saudari Anis Afida merangkap Timbalan Pengerusi Ameerah Malaysia Zon Selatan.Cat merah tersebut telah disimbah ke atas kereta dan rumah keluarga beliau di Bandar Penawar,Johor. Ameerah melihat budaya politik samseng ini semakin menular sejak kebelakangan ini.Selepas pintu pagar rumahnya digantung dengan batu nesan pada 24 Februari yang lepas,Anis sekali lagi mendapat ugutan dengan menerima simbahan cat merah pula pada hari ini.Anis yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Pengerang mungkin ditakuti oleh beberapa pihak tertentu.Mereka mungkin tidak mahu melihat rakyat Pengerang bangkit mempertahankan hak mereka lantas merancang beberapa tindakan yang berbentuk ugutan kepada Anis.
Ameerah Malaysia berasa amat sedih dan kecewa atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengamalkan budaya samseng seperti ini terhadap seorang pemimpin wanita muda seperti Anis.Justeru,Ameerah Malaysia menuntut siasatan secara menyeluruh dilakukan oleh pihak polis bagi menjamin keselamatan baliau.
Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia.
16 Mac 2013.