Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfu yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
原來都是清國遺民
|