| [size=85%]
Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen lain berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon. Peti-peti khas ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga ‘counter foils’ kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes-kes petisyen. Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus, selepas mendapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan。Pegawai Pengurus kemudian akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri. |