PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN DI BAWAH PERKARA 15(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – ISTERI KEPADA WARGANEGARA
PENERANGAN PERMOHONAN
Permohonan oleh mana-mana perempuan yang bersuami dan suaminya seorang warganegara dan perkahwinannya masih berterusan.
Bahawa ia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap; dan
Bahawa ia berkelakuan baik.
SYARAT PERMOHONAN
Pemohon dan suami hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara/Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dan suami dikehendaki hadir ke kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPN yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen asal beserta salinan seperti berikut:
DOKUMEN SOKONGAN
Kad Pengenalan pemohon dan suami.
Dokumen Perkahwinan yang didaftar mengikut Undang-Undang Malaysia
Sijil Kewarganegaraan/Sijil Kelahiran suami.
Permit Masuk/Sijil Kelahiran pemohon.
Dokumen perjalanan pemohon dan suami.
Kad pengenalan ibu/bapa dan adik beradik
Sijil Kelahiran anak-anak.
3 keping gambar warna pemohon berukuran pasport
1 keping gambar warna suami berukuran pasport
BAYARAN
RM10.00 bayaran permohonan.
Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4
Makluman: Semua urusan permohonan taraf kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya/Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan.