SJKC, SJKT Tidak Pernah Dipinggirkan, Kerajaan Bina 1,200 SJKC, 600 SJKT
MUAR, 15 Sept – Kerajaan tidak pernah meminggirkan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negara ini, malah ia sentiasa memberi bantuan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menolak pandangan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan dan kementerian kurang memberi perhatian kepada pembangunan SJKC dan SJKT di negara ini.
“Kerajaan telah membina 1,200 Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan 600 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil setakat ini. Pembangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah pembinaan pusat aktiviti serbaguna Sekolah Tinggi Chung Hwa Muar hari ini.
|