Besi pamor -- Sejenis baja putih yang ditempa pada keris dan lain-lain (yang menimbulkan kurai).[35]
Ekor buaya -- Sejenis alat yang digunakan untuk membuat keris.[36]
Jabung -- Sejenis perekat yang dibuat daripada gambir dan damar (digunakan untuk melekatkan keris pada hulunya), gala-gala, pakal.[37]
Katimaha -- (Jawa) Sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya digunakan untuk membuat hulu dan sarung keris dan lain-lain), temahai, timaha, timanga, ketimaha, Kleinhovia hospita.[38] Ketimaha (Jk).[39]
Kayu pelet -- Kayu yang berbelang-belang (dari pokok Kleinhevia hospita yang selalu digunakan utk mem­buat sarung keris dan lain-lain).[40]
Kupu-kupu -- Sejenis tumbuhan (pokok renek yang kayunya keras dibuat hulu keris dan lain-lain), Bauhinia tomentosa.[41]
Malau -- Sejenis damar atau pelekat yang digunakan untuk mengetatkan keris, parang, dan lain-lain pada hulunya; embalau.[42]