Calon yang mendapat gred C- atau lulus sebahagian sekurang-kurangnya satu mata pelajaran akan dianugerahi sijil yang akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Jun. Calon diberi tempoh masa 12 bulan selepas tarikh tersebut untuk mengambil sijil mereka. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri akan menghantar balik sijil-sijil yang tidak dituntut ke Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang ingin mendapatkan sijilnya selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00.