Makluman Untuk Calon STPM 2013
Semua calon STPM 2013 termasuk calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan STPM 2013 yang akan diumumkan pada minggu ketiga Mac 2014 untuk permohonan bagi kemasukan ke IPTA sesi 2014/2015 (Fasa 1 : 20 Januari hingga 7 April 2014).
Calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 boleh mengemaskini permohonan pada Fasa 2 (2 hingga 6 Mei 2014) dengan syarat telah membuat permohonan pada Fasa 1.