DAFTAR SEMULA (HILANG & MUSNAH) - SEMENANJUNG MALAYSIA
Apakah syarat untuk saya mendaftar semula kelahiran (akibat hilang @ musnah ) ?
Anda perlu mengisi borang JPN.LM01 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan (asal dan salinan). Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
Apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk mendaftar semula kelahiran (akibat hilang @ musnah )?
Anda dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan) iaitu:
Sijil Kelahiran Asal atau salinan fotostat (jika ada)
Kad Pengenalan kanak-kanak (jika ada)
Kad pengenalan pemohon(jika berkenaan)
Berapakah bayaran yang perlu dilakukan?
Bayaran permohonan adalah percuma.