|
查看: 13410|回复: 13
|
PP 1&2 - Pengajian Perniagaan Q&A
[复制链接]
|
|
|
最近蛮有空的所以就写写一些东西给在籍考生..
大家加油..
FORMAT PEPERIKSAAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
Peperiksaan bagi mata pelajaran PENGAJIAN PERNIAGAAN terdiri daripada dua kertas, iaitu:
(A) Kertas 1(946/1)
(B) Kertas 2(946/2)
Calon dikehendaki mengambil kedua-dua kertas ini dan masa yang diperuntukkan untuk setiap kertas ialah 3 jam.
Tajuk dan bentuk peperiksaan untuk kedua-dua kertas adalah seperti yang berikut:

一份耕耘一分收获,
不经一番彻骨寒,焉得梅花扑鼻香。
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 28-8-2009 11:55 PM
|
显示全部楼层
预留..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 29-8-2009 10:19 PM
|
显示全部楼层
TAJUK 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA
1.1 Pengenalan Kepada Perniagaan
Q1: Jelaskan maksud perniagaan. 【2M】
Perniagaan boleh dimaksudkan sebagai aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan dengan bermotifkan keuntungan.
Q2: Secara ringkas, bezakan antara perniagaan dan bukan perniagaan. 【3M】
Perniagaan merupakan sebuah organisasi yang menggemblengkan semua sumber untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan bagi tujuan memaksimumkan keuntungan.
Bukan perniagaan merujuk kepada organisasi yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak bermotifkan keuntungan.
Q3: Nyatakan empat unsur penting dalam perniagaan. 【2M】
(a) Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
(b) Barangan atau perkhidmatan
(c) Pertukaran nilai
(d) Keuntungan perniagaan
Q4: Berikan definisi keuntungan. 【2M】
Keuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaran barangan atau perkhidmatan ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah penerimaan.
Q5: Nyatakan lima komponen yang terdapat dalam setiap organisasi merujuk pandangan Mintzberg. 【2½M】
(a) Manusia
(b) Matlamat atau objektif
(c) Struktur organisasi
(d) Aktiviti
(e) Kawalan
Q6: Nyatakan dua jenis keuntungan perniagaan. 【1M】
(a) Untung kasar
(b) Untung bersih
Q7: Senaraikan empat sebab sesebuah perniagaan berusaha untuk mencapai keuntungan. 【2M】
(a) Mengekalkan kedudukan perniagaan
(b) Membentuk strategi perniagaan yang berkesan
(c) Mengembangkan perniagaan
(d) Memenuhi kehendak pemilik perniagaan
Q8: Berikan empat peranan penting perniagaan dalam sesebuah negara. 【2M】
(a) Meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara
(b) Mewujudkan peluang pekerjaan
(c) Meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport
(d) Menyumbang kepada pendapatan negara
Q9: Nyatakan empat keadaan ekonomi yang dapat merangsang perkembangan sesebuah perniagaan. 【2M】
(a) Ekonomi yang stabil
(b) Sistem kewangan yang liberal
(c) Kuasa beli pengguna yang tinggi
(d) Nilai mata wang yang stabil
Q10: Senaraikan empat tahap penting dalam kitaran perniagaan. 【2M】
(a) Pertumbuhan
(b) Kemerosotan
(c) Kemelesetan
(d) Kemewahan
Q11: Bincangkan secara terperinci tahap kemerosotan dan tahap kemelesetan dalam kitaran perniagaan. 【3M】
Tahap kemerosotan berlaku apabila kadar pertumbuhan perniagaan menurun selepas mencapai tahap pertumbuhan yang paling tinggi. Namun, kadar pertumbuhan perniagaan masih bernilai positif.
Kemerosotan yang berterusan dalam ekonomi akan menyebabkan kadar pertumbuhan perniagaan terus menurun sehingga perniagaan mengalami tahap kemelesetan. Tahap kemelesetan berlaku apabila kadar pertumbuhan perniagaan bernilai negatif.
Q12: Nyatakan empat jenis sistem ekonomi utama. 【2M】
(a) Pasaran bebas
(b) Komunis
(c) Sosialis
(d) Campuran
Q13: Terangkan empat faktor penting pengeluaran. 【4M】
Faktor pengeluaran merupakan sumber-sumber yang digunakan untuk mengeluarkan barangan atau perkhidmatan. Faktor-faktor pengeluaran terdiri daripada empat elemen utama iaitu tanah, buruh, modal dan usahawan.
(a) Tanah merupakan sumber alam yang berharga atau produktif yang boleh digunakan untuk pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
(b) Buruh merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan atau perkhidmatan.
(c) Modal merujuk kepada bentuk kewangan, bahan mentah, peralatan, kelengkapan, jentera, atau bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
(d) Usahawan merupakan orang yang merancang aktiviti perniagaan dengan menggabungkan dan menggunakan kombinasi faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada.
Q14: Nyatakan lima tahap penting dalam proses perniagaan bagi semua jenis perniagaan. 【2½M】
(a) Input
(b) Transformasi
(c) Output
(d) Proses pemasaran
(e) Penjanaan untung atau rugi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 1-9-2009 12:04 AM
|
显示全部楼层
TAJUK 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA
1.2 Persekitaran Perniagaan
Q1: Jelaskan maksud persekitaran perniagaan. 【2M】
Persekitaran perniagaan merujuk kepada keadaan sekeliling di mana sesebuah perniagaan berfungsi dan merangkumi faktor-faktor atau pihak-pihak yang mempengaruhi operasi dan prestasi perniagaan.
Q2: Nyatakan dua jenis persekitaran perniagaan. 【1M】
(a) Persekitaran umum
(b) Persekitaran tugas
Q3: Senaraikan enam komponen utama dalam persekitaran umum. 【3M】
(a) Ekonomi
(b) Politik & perundangan
(c) Sosiobudaya
(d) Persaingan & jaringan
(e) Teknologi
(f) Fizikal
Q4: Nyatakan enam pihak berkepentingan dalam persekitaran tugas. 【3M】
(a) Pelanggan
(b) Pesaing
(c) Pekerja
(d) Pembekal
(e) Pembiaya & pemodal
(f) Kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 3-9-2009 10:02 PM
|
显示全部楼层
TAJUK 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA
1.3 Entiti Perniagaan
Q1: Nyatakan empat jenis entiti perniagaan yang utama. 【2M】
(a) Milikan tunggal
(b) Perkongsian
(c) Syarikat
(d) Koperasi
Q2: Jelaskan ciri-ciri umum perniagaan jenis milikan tunggal. 【1M】
Milikan tunggal merupakan sejenis perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu sahaja.
Q3: Berikan dua contoh sumber pembiayaan perniagaan jenis milikan tunggal. 【1M】
(a) Wang simpanan pemilik
(b) Pinjaman
Q4: Senaraikan dua kebaikan dan dua keburukan perniagaan jenis milikan tunggal. 【2M】
(a) Kebaikan
- mudah ditubuhkan kerana tidak terikat pada syarat-syarat yang ketat
- modal diperolehi daripada simpanan sendiri di mana tiada tanggungan liabiliti
(b) Keburukan
- perniagaan sukar berkembang kerana modal adalah kecil
- segala risiko perniagaan perlu ditanggung oleh pemilik
Q5: Bezakan antara perniagaan jenis milikan tunggal dengan perkongsian. 【2M】
- Milikan tunggal merupakan sejenis perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu sahaja.
- Perkongsian merupakan perniagaan yang dibentuk melalui kerjasama dua atau lebih individu bagi tujuan mendapatkan keuntungan.
Q6: Nyatakan dua syarat yang terdapat di bawah Akta Perkongsian 1961. 【1M】
(a) Keuntungan atau kerugian dibahagikan secara sama rata antara rakan kongsi.
(b) Modal yang disumbangkan tidak akan dibayar dividen.
Q7: Berikan dua sebab yang menyebabkan pembubaran perkongsian. 【1M】
(a) Salah seorang rakan kongsi meninggal dunia
(b) Persetujuan semua rakan kongsi
Q8: Nyatakan empat jenis rakan kongsi. 【2M】
(a) Rakan kongsi umum
(b) Rakan kongsi terhad
(c) Rakan kongsi lelap
(d) Rakan kongsi nominal
Q9: Senaraikan dua kebaikan dan dua keburukan perniagaan jenis perkongsian. 【2M】
(a) Kebaikan
- Lebih banyak modal dapat dikumpulkan melalui sumbangan rakan kongsi
- Risiko perniagaan dapat disebarkan antara semua rakan kongsi
(b) Keburukan
- Persetujuan daripada semua rakan kongsi perlu diperoleh sebelum sebarang keputusan dibuat
- Perselisihan faham dan konflik sering berlaku
Q10: Nyatakan dua jenis syarikat berhad. 【1M】
(a) Syarikat sendirian berhad
(b) Syarikat awam berhad
Q11: Bezakan syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad dari segi pengurusan. 【2M】
- Dalam sesebuah syarikat sendirian berhad, pemegang saham hanya boleh menjual atau memindah hak milik saham setelah mendapat persetujuan daripada pemegang saham yang lain.
- Dalam syarikat awam berhad pula, pemegang saham bebas menjual beli saham di bursa saham tanpa sebarang sekatan.
Q12: Terangkan syarat penubuhan koperasi. 【2M】
- Koperasi merupakan satu entiti perniagaan yang harus mempunyai sekurang-kurangnya 100 orang ahli untuk membolehkan ia didaftarkan.
- Motif utama koperasi adalah untuk meningkatkan kebajikan ekonomi dan sosial ahlinya.
Q13: Nyatakan dua kategori utama aktiviti perniagaan. 【1M】
(a) Pengeluaran
(b) Perkhidmatan
Q14: Bezakan antara antiviti pengeluaran dengan aktiviti perkhidmatan. 【2M】
- Pengeluaran melibatkan aktiviti menghasilkan barang untuk dijual.
- Aktiviti perkhidmatan melibatkan penawaran barang tidak nampak kepada pengguna.
Q15: Senaraikan lima jenis aktiviti perkhidmatan. 【2½M】
(a) Runcit
(b) Borong
(c) Kewangan
(d) Profesional
(e) Perhotelan
Q16: Nyatakan tiga jenis sektor utama. 【1½M】
(a) Swasta
(b) Awam
(c) Badan berkanun
Q17: Nyatakan empat peranan badan berkanun dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negara. 【2M】
(a) Melibatkan diri dalam bidang sosioekonomi yang tidak diceburi oleh sektor swasta
(b) Menyediakan perkhidmatan yang tidak disediakan oleh kerajaan
(c) Membantu bumiputera melibatkan diri secara aktif dalam bidang ekonomi
(d) menjalankan industri berat yang tidak dapat dilakukan oleh sektor swasta
Q18: Berikan dua kekuatan dan dua kelemahan perniagaan kecil. 【2M】
(a) Kekuatan
- Mendapat galakan kerajaan
- Menyokong industri besar
(b) Kelemahan
- Modal kecil
- Masalah pemasaran
Q19: Berikan dua kekuatan dan dua kelemahan perniagaan besar. 【2M】
(a) Kekuatan
- Modal yang besar
- Dapat menikmati ekonomi bidangan
(b) Kelemahan
- Perjalanan perniagaan dikawal dengan ketat oleh pihak kerajaan
- Perniagaan perlu membayar cukai keuntungan yang tinggi berdasarkan cukai korporat
Q20: Senaraikan lima peranan firma kecil dalam industri. 【2½M】
(a) Menyokong pertumbuhan firma besar
(b) Menyediakan kepakaran khusus
(c) Mengurangkan kos pengeluaran
(d) Menjimatkan kos penyimpanan
(e) Bekalan yang berterusan
Q21: Nyatakan tiga tahap utama perniagaan. 【1½M】
(a) Primer
(b) Sekunder
(c) Tertiar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 4-9-2009 08:41 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 16-9-2009 01:04 PM
|
显示全部楼层
TAJUK 2: FUNGSI PENGURUSAN
2.1 Pengenalan Kepada Pengurusan
Q1: Bincangkan secara ringkas definisi pengurusan berdasarkan pengurusan moden. 【2M】
Pengurusan boleh didefinisikan sebagai satu proses mentadbir dan menyelaraskan sumber-sumber dengan cekap dan berkesan dengan tujuan untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.
Q2: Senaraikan lima fungsi utama yang berkaitan dengan proses pengurusan. 【2½M】
(a) Perancangan
(b) Pengorganisasian
(c) Kepimpinan
(d) Pengawalan
(e) Penstafan
Q3: Berikan empat contoh aktiviti perancangan yang merupakan fungsi proses pengurusan. 【2M】
(a) Membuat analisis terhadap situasi semasa
(b) Membuat jangkaan masa depan
(c) Menentukan objektif
(d) Menentukan sumber yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi
Q4: Senaraikan dua aktiviti utama aktiviti pengorganisasian. 【1M】
(a) Membuat pembahagian kerja di kalangan individu dan kumpulan
(b) Mengkoordinasi usaha individu dan kumpulan
Q5: Nyatakan tiga elemen utama dalam pengawalan. 【1½M】
(a) Mewujudkan piawai untuk pengukuran
(b) Membentuk peraturan pengukuran
(c) Bertindak untuk memantau kemajuan dan membetulkan kesilapan
Q6: Senaraikan tiga jenis pengurus. 【1½M】
(a) Pengurus atasan
(b) Pengurus pertengahan
(c) Pengurus lini pertama
Q7: Berikan dua contoh aktiviti yang dijalankan oleh pengurus atasan. 【1M】
(a) Merancang perubahan yang akan dibuat
(b) Mamantau persekitaran perniagaan
Q8: Senaraikan empat peranan utama pengurus. 【2M】
(a) Komunikator
(b) Pendorong
(c) Penyelesai masalah
(d) Usahawan
Q9: Nyatakan peranan pengurus sebagai komunikator. 【2M】
(a) Pemantau
(b) Penyampai
(c) Jurucakap
(d) Penghubung
Q10: Bezakan antara konsep keberkesanan dengan kecekapan. 【2M】
- Keberkesanan didefinisikan sebagai melakukan sesuatu kerja yang betul, iaitu menyempurnakan sesuatu kerja yang membantu ke arah memenuhi objektif organisasi.
- Kecekapan didefinisikan sebagai melakukan sesuatu kerja dengan betul, iaitu melaksanakan sesuatu kerja dengan usaha, perbelanjaan, dan sisa yang minimum.
Q11: Nyatakan perspektif-perspektif yang dipecahkan dalam evolusi teori pengurusan. 【2½M】
(a) Perspektif klasikal
(b) Perspektif gelagat
(c) Perspektif kuantitatif
(d) Perspektif sistem
(e) Perspektif kontigensi
Q12: Senaraikan tiga pendekatan perspektif klasikal menurut Lewis et al. (2001). 【1½M】
(a) Pengurusan saintifik
(b) Pengurusan pentadbiran
(c) Pengurusan birokrasi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 5-6-2010 08:19 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 5-6-2010 08:21 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 5-6-2010 11:55 PM
|
显示全部楼层
大家记得哦,考试时不要写point form
例如:
Q11: Nyatakan perspektif-perspektif yang dipecahkan dalam evolusi teori pengurusan. 【2½M】
(a) Perspektif klasikal
(b) Perspektif gelagat
(c) Perspektif kuantitatif
(d) Perspektif sistem
(e) Perspektif kontigensi
以上的答案将会被扣去"一半"的分数,记得答案要full ayat 不可以写(a),(b),(c),(d).
还有,如果题目是Huraikan,Jelaskan,Bezakan,要写Huraian和contoh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-6-2010 02:02 AM
|
显示全部楼层
回复 10# 爱历史
不能吗,我们老师还叫我们那样写。。。== |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 6-6-2010 08:03 AM
|
显示全部楼层
本帖最后由 爱历史 于 6-6-2010 08:04 AM 编辑
回复 11# 蜗牛王子
Q12: Senaraikan tiga pendekatan perspektif klasikal menurut Lewis et al. (2001). 【1½M】
Ans a) Pengurusan saintifik
b) Pengurusan pentadbiran
c) Pengurusan birokrasi
***********以上答案可能只有半分*************
Ans: tiga pendekatan perspektif klasikal menurut Lewis et al. (2001).ialah pengurusan saintifik,pengurusan pentadbiran dan pengurusan birokrasi. *********这样的答案才可以拿满分*********** |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 27-10-2011 12:31 PM
|
显示全部楼层
回复 9# 乙劍真人
你提供的资料很有用,能不能update一下?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 27-10-2011 04:47 PM
|
显示全部楼层
|
我要考了, PP2很难背... undang 不跟书又没分的... 惨>..<" |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|