查看: 3155|回复: 2
|
KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS
[复制链接]
|
|
请问KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS,是什么来的?
上来做什么?
今天开始可以申请了,有谁申请吗?
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 30-10-2008 10:07 AM
|
显示全部楼层
如何申请KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS? |
|
|
|
|
|
|
|
发表于 30-10-2008 10:54 AM
|
显示全部楼层
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN
KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) SATU TAHUN
AMBILAN JANUARI 2009
1.PELAWAAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah Kementerian Pelajaran Malaysia memohon mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Satu Tahun.
2.KETERANGAN KURSUS
Nama Kursus : Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun
Tempoh Pengajian : 01 Januari - 31 Disember 2009
2.1 Maklumat terperinci mengenai bidang kursus yang ditawarkan mengikut Institut Perguruan adalah seperti dalam LAMPIRAN A.
3. SYARAT DAN KELAYAKAN AM
3.1Tidak pernah mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas.
3.2Memiliki Ijazah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3.3Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
3.4 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia.
3.5 Telah melepasi tahap TK1 dalam peperiksaan PTK semasa memohon
3.6 Telah disahkan dalam jawatan.
3.7 Tidak mengikuti sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh atau Luar Kampus.
3.8 Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu kehadiran semasa mengikuti kursus tersebut.
3.9 Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
3.10 Umur tidak melebihi 43 tahun bagi bidang Pendidikan Jasmani dan 50 tahun bagi lain-lain bidang pada atau sebelum 1 Julai 2009.
4. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
4.1 Permohonan KSPK boleh dibuat dalam talian sahaja dengan melayari internet di alamat URL, http://www.moe.gov.my. Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut untuk meneliti e-panduan permohonan dan memahami dahulu cara-cara mengemukakan permohonan secara dalam talian.
4.2 Permohonan boleh dibuat mulai 29 Oktober 2008.
4.3 Calon perlu cetak borang permohonan yang telah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu mendapatkan perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.
5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN
5.1Permohonan KSPK ambilan 2009 ini ditutup pada 14 November 2008.
6. SEMAKAN TAWARAN
6.1 Semakan permohonan boleh dibuat secara on-line mulai 16 Disember 2008.
6.2 Calon yang berjaya dikehendaki mendaftar di Institut Perguruan yang berkenaan pada 31 Disember 2009.
6.3 Sila bawa bersama :
-Surat tawaran yang dicetak
-Borang permohonan yang telah mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah
Pelajaran Negeri
-Sijil/Diploma Perguruan, sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
7.STATUS PERKHIDMATAN KSPK
7.1Cuti belajar bergaji penuh (CBBP). Semasa berkursus, perkhidmatan peserta adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia.
8.KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN
Kalendar aktiviti bagi permohonan Program KSPK adalah seperti berikut dan tertakluk kepada pindaan. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa pada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat terakhir.
Permohonan dibuka
29 Oktober 2008
Permohonan ditutup
14 November 2008
Sokongan JPN
19 - 21 Nov 2008
Pemprosesan Permohonan
24 Nov - 12 Dis 2008
Semakan Keputusan
16 Dis 2008
Pendaftaran
31 Disember 2008
Iklan disiarkan pada laman web http://moe.gov.my
Pindaan permohonan dibenarkan sehingga tarikh tutup.
Tarikh akhir JPN membuat pengesahan dan sokongan.
Semakan pemilihan calon KSPK untuk ditawar kursus.
Senarai calon yang ditawar dipapar pada laman web.
Calon yang berjaya melapor diri di Institut Perguruan Malaysia
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut :
Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2-6, Blok E13, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Telefon : 03 - 88841315/1308
Fax : 03 - 88893570
LAMPIRAN A
BD01 Bimbingan dan Kaunseling
IP Perlis
IP Perempuan Melaka
IP Tawau
BD02 Pendidikan Seni Visual (SR)
Pendidikan Seni Visual (SM)
IP Kuala Terengganu
IP Ilmu Khas
BD03 Pendidikan Jasmani (SR dan SM)
IP Kuala Terengganu
IP Ilmu Khas
BD05 TESL
IP Ipoh
IP Gaya
IP Batu Lintang
English Language Teaching Centre
BD06 Bahasa Tamil (SR)
IP Raja Melewar
BD07 Bahasa Cina (SR)
IP Tuanku Bainun
BD11 Pendidikan Pemulihan Khas (SR dan SM)
Institut Bahasa Melayu Malaysia
BD12 Pend.Khas Masalah Pembelajaran (SR & SM)
IP Perempuan Melayu
BD14 Kemahiran Hidup (SR dan SM)
IP Teknik
BD19 Pendidikan Muzik (SR dan SM)
IP Tun Hussien Onn
IP Perlis
BD20 Pend. Khas Masalah Penglihatan (SR dan SM)
MP Ilmu Khas
BD21 Pend. Khas Masalah Pendengaran (SR dan SM)
MP Ilmu Khas
BD22 Sains (SR)
IP Sultan Abdul Halim
BD23 Matematik (SR)
IP Persekutuan Pulau Pinang
BD24 Pendidikan Al-Quran (SR dan SM)
IP Islam
BD25 Pendidikan Islam (SR dan SM)
IP Kota Bharu
IP Islam
BD27 Bahasa Arab (SR dan SM)
IP Islam
BD28 Pendidikan Prasekolah
Institut Bahasa Melayu Malaysia
IP Ilmu Khas
IP Tun Abdul Razak
KEMBALI |
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|