1 | SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN |
|
| 1.1 | Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Malaysia* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). |
|
|
| (a) | Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya |
|
|
| (b) | Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) |
|
|
| (c) | Malaysia Certificate of Education |
|
|
| (d) | Federation of Malaya Certificate of Education |
|
|
| (e) | Cambridge School Certificate |
|
|
| (f) | GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan) |
|
|
| (g) | Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2000 hingga tahun 2013 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat |
|
|
|
| (i) | sekurang-kurangnya gred 6C bagi tiga mata pelajaran, atau |
|
|
|
| (ii) | sekurang-kurangnya gred 6C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran |
|
| 1.2 | Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan dalam para 1.1 di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM. |
|
| 1.3 | Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negeri yang setaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.
|
|
| * | Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Malaysia boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Malaysia yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Malaysia peringkat peperiksaan SPM. |
|
| ** | Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE. |