PERTANDINGAN PING PONG PERSEORANGAN KUALA LUMPUR 2010
[size=150%]13 November 2010 (Sabtu)
1 Acara:
a) Perseorangan Lelaki b) Perseorangan Wanita
2 Tarikh dan Tempat Pertandingan
2.1 Tarikh : 13 november 2010 (SABTU), Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
2.2 Tempat : Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
3 Yuran Penyertaan : RM10.00 seorang (perlu dijelaskan pada hari pertandingan)
4 Borang Penyertaan
Borang penyertaan boleh didapati di persatuan kami yang beralamat seperti berikut :
-Penthouse,23~25, 4th Floor, Wisma TTAM, Jalan Jejaka 7, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 012-6294693(Ms.Christina Chee), 012-2212025 (Michelle Low), 012-2076736 (Corrine Wong)
FAX: 03-92811520 / 03-7803 3693 or email: kltta1975@gmail.com
5 Tarikh Tutup Penyertaan
Semua borang penyertaan pertandingan mestilah difakskan atau email kepada persatuan kami
sebelum atau pada tarikh 13 Oktober 2010 jam 5.00 petang.
6 Cabutan
Cabutan undian berkomputer untuk menentukan kumpulan akan dijalankan di Wisma TTAM pada 13 Oktober 2010 (Rabu) jam 8.00 malam.
7 Hadiah
Hadiah akan diberikan kepada pemenang-pemenang johan, naib-johan dan tempat ketiga.
8 Menarik Diri
Peserta yang lewat 15 minit dari masa yang ditetapkan akan dianggap memberi kemenangan percuma kepada peserta lawannya. Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu tidak akan diambil kira bagi peserta yang menarik diri.
9 Peraturan Pertandingan
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dibawah undang-undang ini seperti berikut:
a) Pertandingan ini dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
b) Pertukaran pemain tidak dibenarkan.
c) Semua peserta yang bertanding juga bertugas sebagai pengadil pertandingan.
d) Bola ping pong berwarna putih (3 bintang) yang diluluskan oleh ITTF akan digunakan.
e) Pemain tidak dibenarkan memakai baju-T yang berwarna putih.
f) Semua perlawanan akan diputuskan dengan 3 kemenangan dpd 5 permainan (best of 5 games)
g) Pertandingan ini akan menggunakan sistem 11 mata di dalam satu permainan.
10 Bantahan / Rayuan
a) Jawatankuasa Teknik Persatuan Ping Pong Kuala Lumpur dan Referi Kejohanan akan menjadi Juri Rayuan Kejohanan ini.
b) Bantahan atau rayuan hendaklah dibuat selewat-lewatnya dua (2) jam selepas tamatnya pertandingan melalui Pengurus Pasukan/Pemain dengan cara bertulis yang disertakan dengan bayaran RM200/= sebagai wang cagaran. Wang pertaruhan ini tidak akan dikembalikan atas bantahan / rayuan yang gagal.
11 Perkara Khusus
Peserta-peserta yang berjaya dipilih mewakili persatuan kami mestilah menyertai setiap
pertandingan yang disertai oleh persatuan kami. Jika anda gagal berbuat demikian tanpa sebab yang munasabah, tindakan disiplin akan diambil.
12 Perkara AM
Jawatankuasa pengelola akan membuat keputusan jika ada apa-apa perkara yang tidak disebut
dalam peraturan kejohanan dan keputusan adalah muktamad.