现在还需要开sspn吗?
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=411917
Syarat Buka Akaun SSPN Untuk Dapatkan PTPTN Dimansuh
PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) -- Semua pemohon PinjamanTabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini tidak lagi diwajibkanmembuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanansekurang-kurangnya RM20.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkatapemansuhan syarat itu bertujuan membolehkan kemudahan PTPTN dinikmatioleh lebih ramai pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkattinggi.
"Tapi ia tidak pula bermakna kementerian tidak menggalakkanpenabungan kerana ia penting jika berlaku perkara di luar jangkaan,"katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis AnugerahKhidmat Cemerlang Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini.
Seramai 909 pegawai dipilih sebagai penerima anugerah pada majlisitu, termasuk pegawai di peringkat politeknik dan kolej komuniti.
Sementara itu Mohamed Khaled berkata pihaknya juga sedang mengkajibeberapa syarat kelayakan bagi mendapatkan pinjaman PTPTN itu dalamusaha membolehkan kemudahan tersebut dinikmati lebih ramai pelajar.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan yang dimuatkandalam ruangan forum sebuah akhbar hari ini yang meminta supayaperuntukan pinjaman PTPTN dikira berdasarkan tanggungan sebenarkeluarga pemohon.
Dalam perkembangan lain Mohamad Khaled berkata 803 PegawaiPendidikan Pengajian Tinggi dinaikkan pangkat menerusi SkimPerkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang diwujudkantahun lalu.
"Skim ini diwujudkan bagi memberi peluang kenaikan pangkat dankemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pensyarah-pensyarah politeknikdan kolej-kolej komuniti.
"Kelulusan kenaikan pangkat ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan anggota perkhidmatan awam," katanya.
Skim PPPT diwujudkan untuk pensyarah-pensyarah politeknik dankolej komuniti yang sebelum ini diletakkan di bawah Skim PegawaiPerkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Skim Pegawai PerkhidmatanPendidikan Diploma (PPPLD).
-- BERNAMA |