本帖最后由 振益 于 4-4-2010 01:02 AM 编辑
http://www.kwsp.gov.my/index.php ... &ac=444&tpt=32eenen
Caruman KWSP Oleh Anggota Perkhidmatan Awam Jika anda merupakan seorang anggota perkhidmatan awam yang telah ditempatkan di dalam skim berpencen, anda boleh terus mencarum dengan KWSP. Caruman ini perlu dibuat menggunakan Borang Caruman Pilihan Sendiri iaitu Borang KWSP 6A (1) yang boleh diperolehi daripada mana-mana Pejabat KWSP.
Kadar caruman yang perlu dibayar ialah tidak kurang daripada RM50 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan. Caruman ini adalah daripada gaji anda, dan majikan anda tidak diwajibkan mencarum.
Sebaik sahaja anda ditempatkan di dalam skim berpencen, anda tidak lagi diwajibkan untuk mencarum. Sekiranya anda masih mempunyai baki caruman di KWSP, anda layak menerima dividen tahunan sebagaimana yang diisytiharkan oleh KWSP.
http://www.kwsp.gov.my/index.php ... ers_wdrawtype&ac=30
Pengeluaran Simpanan Oleh Anggota Perkhidmatan Awam Yang Berpencen
Sebagaimana caruman yang dibuat oleh ahli-ahli KWSP yang lain, caruman bagi anggota perkhidmatan awam turut merangkumi caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan.
Walau bagaimanapun, caruman bahagian majikan beserta dividen bagi caruman tersebut akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) apabila anda bersara atau meninggal dunia. Bagi kes meninggal dunia, waris anda hanya layak menerima kembali caruman dan dividen bahagian pekerja. |